16 Disember 2010 (Khamis) jam 9.30 pagi. Majlis Penyampaian Sumbangan Warga Emas yang berumur 80 tahun ke atas telah disampaikan oleh YB. Encik Khairuddin Bin Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Manis kepada 59 orang yang telah disenaraikan. Program diurus oleh Pejabat ADUN Pulau Manis bersama Pejabat Daerah Kuantan yang diketuai oleh En. Hasbullah dan pegawai-pegawainya. Manakala JKKK Kampung Jaya Gading menyediakan tempat bagi Majlis tersebut. Warga Emas yang disenaraikan adalah daripada 5 Cawangan UMNO iaitu Jaya Gading, Seri Damai, Padang Jaya, Bandar Baru Jaya Gading, Padang Garuda dan Desa Sungai Pelong.