27 Februari 2010.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Jaya Gading telah diadakan bermula jam 8.00 pagi dengan Perarakan Maulidur Rasul dari Simpang 4 ke Masjid Kampung Jaya Gading.
Sambutan ini dianjurkan oleh JKKK dengan kerjasama badan-badan dalam Kampung Jaya Gading seperti Masjid, SAR (Kafa), Tabika KEMAS, UMNO, RELA dan sebagainya.
Perarakan ini telah disertai oleh kumpulan Tabika KEMAS Jaya Gading, TBK KEMAS Padang Jaya, SAR (Kafa) Jaya Gading, SK Jaya Gading, Wanita UMNO Jaya Gading, TDK-Lambda dan penduduk kampung. Di Perkarangan Masjid pula telah diadakan Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ust. Zulkarnain dari MRSM Kuanatan.
Dianggarkan kehadiran adalah seramai 670 orang dan program ini di anggap berjaya dari segi penganjurannya. JKKK Jaya Gading mengucapkan terima kasih kepada YB. ADUN Kawasan Pulau Manis, Penghulu Mukim Kuala Kuantan II, Pengurus Syarikat Terus Maju, Pengerusi Badan Kebajikan Islam TDK-Lambda, Tabika KEMAS (Jaya Gading & Padang Jaya), SAR (Kafa), SK Jaya Gading, Wanita UMNO, semua Jawatankuasa program, Ibubapa Pelajar, individu, persatuan/pertubuhan dan semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.