Penyelesaian Masalah Tanah


17 Februari 2010.

Satu perjumpaan Penyelesaian Masalah Tanah telah diadakan pada jam 2.30 petang di Dewan Jubli Kampung Jaya Gading. Perjumpaan khas bersama YB En. Khairuddin Bin Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Manis ini dianjurkan oleh JKKK Kampung Jaya Gading di bawah Jawatankuasa Khas Penyelesaian Masalah Tanah ekoran dari isu semasa yang berkaitan Masalah Permohonan Tanah oleh penduduk Kampung Jaya Gading.

Segala maklumat yang berkaitan dengan permohonan tanah perlu diserahkan kepada JKKK Kampung Jaya Gading untuk proses selanjutnya sebagaimana yang dipersetujui oleh YB. Adun Kawasan Pulau Manis.